
Televisyen julung kalinya digunakan secara praktikal di Jerman, apabila siaran televisyen seharian dimulakan di negara tersebut pada tahun 1929. Pada tahun 1936,Sukan Olimpik di Berlin disiarkan kepada stesen televisyen di Berlin dan Leipzig di mana orang awam boleh menyaksikan acara-acara temasya sukan secara langsung.[10]
Pada zaman awal televisyen, peti televisyen elektromekanik komersil dijual dari tahun 1928 hingga 1934 di United Kingdom,[11] Amerika Syarikat dan Rusia.[12] Televisyen komersil terawal yang dijual oleh Baird di UK pada tahun 1928 berbentuk penerima radio ditambah dengan peranti TV yang terdiri daripada tiub neon di belakang cakera berputar mekanik berlubang (cakera Nipkow) yang menghasilkan imej kemerahan bersaiz setem pos, yang boleh dibesarkan lagi dengan kanta pembesar. "Televisor" ciptaan Baird ini juga boleh digunakan tanpa radio. Televisor yang dijual pada tahun 1930–1933 merupakan televisyen keluaran besar-besaran yang pertama. Kira-kira 1,000 unit Televisor berjaya dijual.[13]
No comments:
Post a Comment